Radius One

Radius One Sdn. Bhd. ialah sebuah syarikat penerbitan televisyen Malaysia yang berpangkalan di Kuala Lumpur dan diasaskan pada 1996 oleh Shahrulezad Mohameddin dan Fazli Baharom. Radius One terkenal dengan menerbitkan siri drama televisyen yang kebanyakannya untuk TV3, termasuk Emil Emilda, Tari Tirana, Nur, Adellea Sofea dan Takdir Yang Tertulis, namun turut membekalkan kandungan televisyen untuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan ASTRO.